SELAMAT DATANG KE MAPPIAU.BLOGSPOT.COM

Rabu, 15 Julai 2009

Heppi Anniversary Yang Ke-4 Sayang....

Hari ni 15 Julai 2009....its Anniversary kiteorang yang Ke-4.....:))....Alhamdullillah dah 4 tahun dah.....sepanjang 4 tahun ni hidup kiteorang bertambah² bahagia dengan kehadiran Mohamad Irfan Haziq.....

Sayang...heppi Anniversary yang ke-4....mudahan ikatan perkahwinan kite ni akan kekal bahagia buat selamanya.....AaaMiiinnnnnn.......


Dedicate ni untuk suami ku yang tercinta dan tersayang ...Mohamad Nor Adha Bin Abdullah....


Sayang,
seakan baru sesaat
kau hadir dalam hidup
seakan baru seminit
kita bersua mesra
seakan baru semalam
janji dimeterai
atas satu perhubungan
yang digalas harapan
menjadi suatu ikatan suci

Sayang,
seakan baru semalaman
saat aku membulatkan tekad
mengikat hubungan
yang dah tak terbendung lagi
melimpah ruah kasih sayang
manis dengan senda gurau
ditabur rasa rindu dendam

Sayang,
aku pasti
sebaik ikatan suci termeterai
hanya yang indah menanti kita
tak kira apa jua halangan menduga
pasti mampu ditempuh bersama
asal kita pegang pada janji
asal kukuhkan kasih sayang
asal hati sentiasa rindu
biar jarak sentiasa cemburu

Sayang,
detik itu kini tinggal kenangan
tapi bukan kasih sayang kita
berbagai halangan diharungi bersama
namun istana bahagia tersergam jua
bersama kita hiasinya
bersama kita pertahankannya
bersama kita menikmati
keindahannya

Sayang,
andai perpisahan ditakdirkan
biarlah ia
perpisahan nyawa
kerana kita tak mampu
melawan kekuasaanNYA
dan
andai saat itu tiba
aku tak mahu pergi dulu
atau biar kau pergi
kerana
aku takkan dapat bernafas
walau sesaat
kau tiada disisiku
kalau boleh biar kita pergi bersama
kalau boleh biar kita tetap bersamadi alam sebelah sana
bersama selamanya

mamairfan-

1 ulasan:

MAPPIAU berkata...

so sweet... tq my dear.. hopefully allah akan memanjangkan jodoh kita.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...