SELAMAT DATANG KE MAPPIAU.BLOGSPOT.COM

Selasa, 11 Mei 2010

Amboiiii... Abang Kemain Lagi Yek Gambo Kuar Surat Khabar Utusan Lagii.... :P

Abang,

Pagi ni tadi kat opis tengah diana buat2 sibuk wat keje, tetibe ade sorang kakak kat opis diana ni terjerit2

kakak tuh: diana, diana, suami awak ni diana, suami awak nih...

Diana: hah, suami aku.. biar betul..die kat lubnan, mane ader kat sini...

Kakak tuh: betull...ni haaa dalam paper ni haaa..

Diana: (still tak caye lagi okkk sebab kadang2 dieorang ni suke kenekan diana..) ye la sangat..akak ni saje je ni kannn....

Kakak tuh: iiyeeeeee...meh sini tengokk....

sekali bile diana tengok....gelak besar diana.....hahahahahahaaa....kemain lagi abang...menyengih macam kerang busukkkk...wakakaka....

Abang tak cayee...meh tengok nih....huhuhuhuhu...

v

v

v

v

v

v


Malbatt 2 teruskan misi di Lebanon


Sebahagian daripada anggota malbatt 2 yang bertugas memastikan keamanan di lebanon.


RIAK-RIAK ceria jelas terpancar pada wajah pegawai serta anggota dalam pasukan Batalion Malaysia 2 (Malbatt 2) dan pasukan Kontinjen Malaysia 5 (Malcon East 5) apabila menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad di kem mereka di At Tiri dan Kaoukaba, Lebanon pada 1 dan 2 Mei lalu.

Bagi mereka yang ketika ini bertugas di bawah panji-panji Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil), lawatan itu amat bermakna kerana ia bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar fikiran dengan pemimpin itu malah turut membakar semangat untuk menggalas misi negara di pentas dunia.

Misi yang terpikul di bahu pasukan Malbatt 2 amat besar kerana kehadiran mereka seramai 440 orang bagi menggantikan pasukan Malbatt 1 di negara bergolak itu pada 22 dan 29 April lalu akan melibatkan imej negara di kalangan masyarakat antarabangsa.

Kehadiran mereka di bumi Lebanon begitu dinanti kerana kehadiran pasukan-pasukan terdahulu dari Malaysia telah berjaya memainkan besar bukan sahaja sebagai tentera pengaman bersama pasukan daripada 31 buah negara lain yang bernaung di baweah Unifil malah banyak membantu penduduk tempatan dalam banyak perkara.

Tugas setiap pegawai dan anggota dalam pasukan Malbatt 2 sebenarnya bermula seawal mereka menjejakkan kaki di bumi Lebanon apabila mereka terus bergerak ke kem-kem yang terletak selatan negara itu yang jaraknya hanya kira-kira 18 kilometer dengan sempadan Israel.

Menurut Komander Malbatt 2, Kolonel Mohd. Nizam Jaafar, tugas-tugas awal sebaik kumpulan pendahuluan tiba pada 22 April lalu ialah dengan menjalankan kerja-kerja pengambilalihan kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan tersebut.

''Sebaik tiba, kami terus melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada kami iaitu antaranya proses pengambilalihan kawasan tanggungjawab iaitu di ketiga-tiga kem iaitu di At Tiri, Harris dan Barasit yang terletak di kawasan barat sempadan antara Lebanon dan Israel.

''Dengan kekuatan seramai 135 anggota (kumpulan pendahuluan) penugasan peringkat awal ini menumpukan kepada serah menyerah peralatan, penugasan dan ambil alih kem,'' katanya.

Selain itu, anggota dalam pasukan itu juga akan membuat tugas rondaan bersama dengan pasukan Malbatt 1 (sebelum mereka pulang pada 30 April lalu) untuk membiasakan diri dengan kawasan-kawasan yang diberi tanggungjawab kepada pasukan tentera pengaman negara.

''Kami juga akan berjumpa dengan pemimpin setempat dan orang hubungan di ibu pejabat Unifil di Naquora yang terletak kira-kira 40 kilometer ke barat At Tiri untuk memaklumkan mengenai pertukaran serta semua perkara yang berkaitan dengan proses tersebut.

''Proses itu penting supaya apabila kumpulan induk tiba (29 April lalu), setiap anggota akan dapat melaksanakan misi dengan lebih sempurna termasuk melakukan lebih daripada satu tugas hakiki mereka,'' cerita beliau.

Ketika ini tumpuan utama misi pasukan Malbatt 2 ialah mendominasi di kawasan jagaan mereka iaitu di kawasan seluas 93 kilometer persegi melibatkan sekitar At Tiri, Harris dan Barasit.

Dominasi itu penting bagi menunjukkan kehadiran pasukan Malbatt 2 yang diberi tanggungjawab sebagai pasukan tentera pengaman di kawasan berkenaan.

Langkah itu dapat dicapai melalui pelaksanaan tugasan rondaan secara berjalan kaki atau foot patrol untuk mengawasi tempat-tempat yang sukar dilalui.

Selain itu, rondaan pula akan dilakukan untuk berinteraksi dengan penduduk setempat semasa melaksanakan tugas rondaan.

''Ini penting untuk memastikan dan mengawasi tiada sebarang pelancar roket dilakukan oleh mana-mana pihak,'' ujar Mohd. Nizam.

Bagi kawasan-kawasan besar pula, rondaan akan dilakukan dengan menggunakan kenderaan-kenderaan khusus untuk memantau sebarang aktiviti di kawasan di bawah jagaan Malbatt 2.

Ketika ini keluasan kawasan yang terletak di bawah kawalan pasukan Malbatt 2 di kawasan barat berhampiran sempadan Israel ialah seluas 93 kilometer persegi berbeza dari dahulu yang hanya 41 kilometer persegi.

''Bandar yang paling utara dalam kawasan tanggungjawab kami ialah al-Majadil dan yang paling selatan ialah Rchaf manakala bandar paling timur ialah al-Sutaniyah dan yang paling barat ialah Rishknaniyah,'' tambahnya yang kaya dengan senyuman tetapi tegas ketika bertugas.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam memberitahu, pasukan di bawah pimpinannya bakal berhadapan cabaran baru apabila mereka bakal berpindah ke kem yang baru tidak lama lagi iaitu ke Kem 6-43 yang terletak kira-kira 8 kilometer di utara kem At Tiri ketika ini.

Proses perpindahan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula pada 25 Mei ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada 3 Jun.

''Kita jangka akan memulakan tugas sepenuhnya dari tempat baru itu pada 5 Jun,'' jelas beliau.

Menariknya, Kem 6-43 yang dulunya dijadikan sebagai ibu pejabat Unifil bagi sektor barat lebih besar berbanding kem At Tiri yang diduduki pasukan Malbatt 2 ketika ini.

''Masalah yang kami hadapi kini ialah keperluan logistik seperti kelengkapan dan pembaikan bangunan kerana apabila ia dikosongkan, pihak yang sebelumnya telah membawa keluar bersama mereka kebanyakan bangunan mudah alih yang mereka duduki sebelum ini.

''Kami perlu membuat pembaikan dan penambahan untuk membolehkan anggota kami tinggal dengan selesa dan kami yakin dapat melaksanakan tugas yang diberi itu,'' tambah Mohd. Nizam.

Masalah yang paling ketara ialah, anggota Malbatt 2 yang sebelum ini mempunyai kemudahan sebuah stadium tertutup ketika beroperasi di At Tiri untuk bermain futsal, bola tampar, bola keranjang, takraw, badminton dan gimnasium bakal terasa kerana kemudahan itu tidak disediakan di kem yang baru.

Bagaimanapun, Abdul Latiff telah menyatakan kesediaan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Brunei untuk menyediakan kemudahan sukan di kem yang baru.

Perpindahan kem itu dibuat ekoran kem pasukan itu di At Tiri dan Barasit akan diserahkan kepada pasukan batalion dari Perancis.

.................................................................................................................................................................



Abang, betul kan diana cakap...hehehee...diana dah call ayah diana ngan ayah abang suh beli sokabar utusan hari ni...hahahaha...Diana suh dieorang simpan untuk bagi abang tengok bile abang balik nanti, then untuk sesi kutukan....hahahahaa..


Update: Abang, ayah diana dah beli dah sokabar utusan tuh, hehehehe...nanti abang balik abang tengok yehhh....hiksss


Update lagi:

ni tadi diana ade amik gamba kat dalam surat khabar utusan, cube abang tengok.

yang dalam muke surat ni takdo gamba abang, ni mukadimah citernyer. hehehe.


haaa, yang ni baru ade gamba abang, nampak tak ?? jap diana close up.


haaaa, nampak tak, nampak tak, poyosss giloss gamba abang, hahahaa.


ni close up lagi. eh jap, apo bondo yang abang pogang tuh, ooooo, time ni abang tengah ngular yek.. :P


mesti lepas ni abang poyos gilos kan, satu tanah melayu tuh tengok gamba abang (hek, macam la sumo orang kenal abang kan..:P).

diana dah canang dah satu kampung suh beli surat khabar utusan hari ni...wakakaka....nanti abang balik nanti abang siap2 la pen. hikss. :P


-mamairfan-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe.. mcm tak caya plak.. anyway.. awk bangga tak.. gambo ni diorg amik masa abg baru lpas wat persembahan.. abis je pesembahan abg trus g kat luar nak pekene sisha.. masa tgh isap sisha tu yg diorg amik gambo ni.. mula2 abg 3 org je.. pastu tetiba plak ramai yg menempel.. hahaha..

Nordiana berkata...

memang la diana bangga, tapi rase sedih bile tengok abang dalam paper diana rase abang jauhhh sangattt..dah la diana rinduu sangat2 kat abang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...