SELAMAT DATANG KE MAPPIAU.BLOGSPOT.COM

Ahad, 14 November 2010

Part VI. Jalan-Jalan ke Sektor East – vol 3.

Dari tempat makam Nabi Shuib kitorg meneruskan perjalanan ke Khiam pulak.. Khiam adalah salah satu tempat di mana berlakunya pertempuran di antara Tentera Hizbullah dan juga Israel laknat pada tahun 2006.. So, tempat yang menjadi sejarah adalah Penjara Khiam..

Pintu masuk Penjara Khiam...



Antara Pejuang2 hezbullah..




Pada awalnya penjara ini adalah dimiliki oleh rakyat Lubnan dan hanya menempatkan pesalah2 tempatan sahaja.. tetapi tentera Israel telah berjaya menawan Penjara ini pada tahun yang aku sendiri pun dah lupa.. penjara ni mmg mempunyai kedudukan yang amat strategik. Ia terletak di atas sebuah bukit di kawasan Khiam dan visibilitynya yg boleh memerhatikan seluruh kawasan Khiam dan juga israel.


Penjara tersebut telah dijadikan sebagai markas hadapan tentera Israel ketika perang 2006 dan telah menawan sejumlah besar rakyat Lubnan sebagai tawanan perang dan menyiksa mereka dengan kejamnya.. ramai tawanan perang yg diseksa dan tidak diberi makan dan minum sampai seminggu.. kesian beb.. aku sempat jugak la berjumpa dengan salah seorang bekas tawanan perang kt situ dan dia jgak la yg menceritakan segalanya..


Yang pakai baju belang tu, Pak Arab tu namanya Omar.. dia la yg cerita semuanya.. dia ckp nasib baik la dia idup lagi dan tak gila.. Yang pakai baju loreng hijau tu la Timbalan Komander aku.. Lt Kol Rizuan.. yg pakai baju loreng coklat tu Timbalan Komander MALCON East 5..




Just imagine ada yg sampai gila kene siksa kt sini.. dah la kene kurung dlm bende tu sampai seminggu pastu diorg ketuk plak bende tu sampai membingitkan telinga.. mmg bleh jadik gila..


Pada bulan musim panas 2006 kalu tak silap aku Hezbullah telah membuat satu serangan mengejut keatas penjara tersebut dan berjaya memusnahkan sejumlah besar aset2 tentera israel.. Hezbullah ketika itu telah memaksimumkan kekuatan tenteranya dan juga aset2 perang mereka.


Tentera israel telah mengalami kekalahan yang teruk dan memaksa mereka untuk berundur mengikut sempadan yg tidak berapa jauh dari situ.. ramai tentera israel telah terkorban dan semua tawanan perang telah berjaya dilepaskan.


Kesan2 tembakan pada dinding penjara pun diorg still biarkan.. demi memperingati perang pada musim panas 2006..


Antara aset2 Israel yg telah ditinggalkan akibat kemusnahan...



Bermula dengan kekalahan yg teruk itu israel telah membuka mata dan telinga terhadap tentera Hezbullah bahawa Hezbullah merupakan satu ketumbukan tentera yg amat kuat.. tu yg diorg takut dgn Hezbullah sampai skang.. terdapat byk lagi faktor2 yg membuatkan israel ni takut dgn hezbullah.. tp aku takleh nyatakan kt sini demi faktor keselamatan maklumat.. kalu nak tau.. Masuk la askar.. hehehe..


Di Khiam ni jugak la sampai skang israel monitor setiap pergerakkan kuar dan masuk org awam.. sampaikan kalu ada org g berak pun diorg bleh tau.. sbb tu la kalu korg baca paper baru2 ni.. diorg bleh ckp yg hezbullah menyimpan sejumlah besar roket di Khiam ni.. entahla.. kitorg yg duk kt sini pun tak tau betul ke tak..


So, ini merupakan pengalaman aku yang amat berharga dan mmg sangat berguna dlm penugasan aku seharian semasa di bumi Lubnan ini sebagai battle capt... adios...


-papairfan-

2 ulasan:

MAPPIAU berkata...

oh..takutnye part yang kene kurung dalam kotak tuh ish..

Tanpa Nama berkata...

dia kencing dgn berak kt dlm tu je tau.. sian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...