SELAMAT DATANG KE MAPPIAU.BLOGSPOT.COM

Isnin, 20 Disember 2010

Do and Don't..

Salamekum.. (cube korg bayangkan kalu Mr. Bean tu bagi salam kt korg...hehehe). Sepanjang dah 8 bulan aku kat bumi Lubnan ni maybe ada setengah2 orang yg tak tau adat resam penduduk kat sini.. so, kali ni aku nak share skit la beberapa tips yg aku pikirkan penting kalu korg tetibe sesat kat bumi Lubnan ni..


Tips ni jgak bukan je bleh pakai kat Lubnan ni.. tp aku rasa di sekitar bumi arab pun mcm tu jgak la..

  • Mesti la sentiasa bertutur dgn lembut dan sopan - jgn jadik cam awww dah la..

  • Menjawab sapaan sesiapa saja - kat sini kita takleh nak berlagak tambi tau..( tp diorg berlagak bleh plak.. hihihi).. bila org panggil tu jgn la wat dekk je.. sekurang2 menyahut.. kat sini org bukan islam pun bagi salamekum jgak tau..

  • Kalu di sebelah selatan Lubnan ni percampuran antara lelaki dgn wanita agak sensitif. so, elakkan pergaulan bebas.. (tp kalu kt sebelah utara... dah mcm kt Las Vegas beb...)

  • Menghadiri sebarang majlis tanpa mengira agama.. - kalu kt sini korg jgn terkejut kalu tetibe je ada org ajak ko pegi church.. walaupun dia tau yg ko tu muslim.. utk menjaga sensitiviti diorg jadik kita pegi je.. kalu diorg nyanyi lagu agama diorg tu korg diam je la..

  • Jangan berjanji dengan penduduk tempatan.. - cth, kalu korg dah janji utk beli barang dgn diorg ni.. diorg akan tuntut woo.. tp kalu bab punctuality.. berjanji dgn pak arab ni mmg payah.. janji kul 9 pagi kul 6 ptg baru diorg dtg...

  • Mengambil Gambar tanpa kebenaran - ini paling2 sensitif.. kalu kt belah selatan ni kalu diorg tgk korg amik gambo sesuka suki korg je mmg akan al marhum la memori kad kamera korg.. silap2 haribulan dgn kamera korg diorg rampas.. kenapa.. sbb diorg akan anggap kita ni spy kepada israel..

  • Elakkan daripada meletakkan tangan dlm saku atau berpeluk tubuh ketika bercakap - ini akan menunjukkan yg kita ni sombong dan menggambarkan yg kita ni susah utk berbincang.. tp kalu dah bersembang kt tempat sejuk nak buek camno ye tak...

  • Jangan menghalakan tapak kaki/kasut atau yg seangkatan denganya kearah diorg (ala.. cam sila panggung la...) - ini akan menunjukkan kita tak hormat.. ye la.. cube ko.. org bg tapak kasut kt depan muka.. mesti korg marah kan...


So, ini la serba skit tips yang dapat aku bagi.. ini adalah berdasarkan pengalaman aku sepanjang 8 bulan aku kat sini.. kalu korg tetibe sesat kt sini boleh la buat panduan.. masuk kandang kambing.. mengembek.. masuk kandang ghimau.. kono makan la... hehehe.. Peace No war.. adios.


-papairfan-

9 ulasan:

nazirulhazwan~ berkata...

fuh, den mmg suke masuk tangan dlm saku.jene ubah ni

Sepatu Hijau berkata...

salam...

orang skrung kalau bg salam, kadang2 dngr yang belakang je...

MAPPIAU berkata...

@nazirulhazwan~
ubah wei ubahhhhhhh hahaha

MAPPIAU berkata...

@Sepatu Hijau
hehehehe

sekamar rindu berkata...

salam....

saya bercadang melawat Lubnan suatu hari nanti..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya.. byk lg pantang larang diorg kt sini.. tp kita sbg rakyat malaysia yg kaya dgn budi bahasa.. so, mmg tak manjadi masalah kalu melawat negara org ni...

-papairfan-

Mata Hati berkata...

lain negara lain budayanya.. mmg luas permandangan bila merantau ke bumi asing ni..

Tanpa Nama berkata...

proud to be malaysian...

-papairfan-

@mel berkata...

tips ni kire dapat satu bulan satu arr....
dah 8 bulan stay Lubnan..pas tu ade 8 tips je...
bygkn klu 8 thn....
huhuhuhu....
kayo pak cik kayo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...