SELAMAT DATANG KE MAPPIAU.BLOGSPOT.COM

Sabtu, 18 Disember 2010

MALBATT MONUMEN..

Harimau mati meninggalkan belang.. MALBATT pergi meninggalkan seribu kenangan.. itulah matlamat aku disini. Oleh itu bagi memperingati hadirnya MALBATT 2 ni bumi Anbia ni.. Komander aku telah mencetuskan idea utk membina sebuah monumen yg berupa keris bersilang sebagai lambang pahlawan melayu...


Cerita Monumen ni adalah dibina oleh 2 org anggota Tentera Indonesia dan dibantu oleh sebilangan anggota MALBATT 2.. Lepas kitorg tgk monumen indonesia iaitu Burung Garuda ari tu tu yg Komander aku berhasrat utk meminjam kemahiran 2 org anggota tentera indonesia bagi membantu rakan serumpun membina monumen lambang kemegahan melayu..


Sebelum tu.. meh aku perkenalkan dulu arkitek monumen ni.. dan dia jugak la yg melakarkan keris bersilang ni...


So, inilah jejaka tampan selaku arikitek.. Mej Ronzi.. Kem Komandan MALBATT..


Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada ujung bln Okt yg lepas.. iaitu masa aku tgh cuti kt Malaysia..

Mula-mula of kos la... sesi membancuh simen.. sakit pinggang wooo..


Lepas diorg dah buat tapak dgn jaring dawai baru la simen-simen tu dimasukkan ke setiap jaring tu...

Ni masa pembinaan tapak..


Langkah seterusnya adalah membuat lambang Angkatan Tentera Malaysia..

Kerja-kerja membuat Lambang ATM ni pun kene cermat jgak.. kalu tak kang ada yg senget rupa bintang tu...


Then.. lepas dah siap lambang tu.. dan simen pun dah mengeras.. barulah lambang tadi dipacakkan pada tapak


Besi-besi paip digunakan utk menyokong lambang td.. dan juga besi paip juga sebagai teras keris nanti..


So, lepas dah kukuh tapak tu.. barula diorg masukkan lagi simen utk jadikan hulu keris tu dan juga sarung.. sambil2 nak tunggu simen tu keras.. kerja2 mengecat bahagian tapak dah dimulakan..


Masa diorg nak mulakan kerja2 mengecat ni.. aku baru blk dari cuti.. aku tak pasti mcmne rupa keris ni sebenarnya.. sbb part ni la yg memerlukan kretiviti seseorang utk memastikan monumen tu nampak hidup dan menarik.. campuran warna dan penggunaan ton warna pun penting gak.. ni kalu bg kat aku kaler ni ada yg jadik cam doremon plak kang..


Besoknye.. aku tgk.. makk aiihhh.. dasat giler.. mmg cun beb.. terkesima gua beb...

Cube korg teka bape lama masa yg diorg amik nak buat bende ni.... 8 hari je beb... mcm tak percaya.. tp itu janji pak indon tu pada kitorg.. jgn kuatir pak.. 8 hari gerenti siap.. skali.. mmg betul2 hari ke8 dah siap mcm ni.. hebat.. hebat..


Ini la anggota-anggotta yg telah menyumbangkan tenaga mereka sepanjang pembinaan monumen ni.. aku respek kat diorg.. especially kt pak indon tu.. So, no wonder la kalu bangunan2 kt Key ell tu byk indon yg buat.. sbb mmg kepakaran diorg buat bangunan... hehehe..


Selepas perasmian dari Komander .. maka dgn itu, inilah lambang kemegahan MALBATT 2 dan juga sebagai kebanggaan melayu kita di Bumi Anbia ini... Peace No War.. Adios..

-papairfan-

10 ulasan:

mie berkata...

fuh!!
terjawab segalanya...
tapi monumen ni memang menarik..
tahnia utk ahli MALBATT

Tanpa Nama berkata...

hehehe.. tq mie...

-papairfan-

Awang Hafiz berkata...

berbangga dgn anggota berseragam kita.. :)

cam best plak rasanya jadi askar, leh merasa suasana negara org.

Gen2Merah berkata...

menarik info ni..
salam.. Bertandang untuk merapatkan silaturahim antara kita. Slm Ukhuwah
Saya follow awak---> ke 53(",)

Tanpa Nama berkata...

Jauh Perjalanan Luas pengalaman..nak jadik askar kene byk berkorban.. And U are most welcome to join the army..

-papairfan-

Tanpa Nama berkata...

gen2Merah: syukran... ahlan wasahlan.. ada byk lg info2 menarik pasal bumi Anbia ni... teruskan membaca..


-papairfan-

mekchu berkata...

gile kental abg2 ni semua..

sekamar rindu berkata...

salam..

"Harimau mati tinggalkan belang...MALBATT pergi tinggalkan seribu kenangan.."

best kata-kata tu..

saya sejujrnya bangga dengan pengorbanan jiwa dan raga pasukan tentera kita bertugas di mana2 bumi di dunia ini..begitu juga sekalung penghargaan buat Malbatt 1 berada di Lubnan dari 29 Julai 2009 - 29 April 2010...

jasa pewira tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia, termasuk..saya..

hati2 dalam setiap tugas..saya doakan moga Allah SWT memperudahkan segala tugas tuan..

Tanpa Nama berkata...

wahhh.. cikgu.. makin bersemangat rasa dah ni.. tabik spring la skali.. pastu tau jgak pasal MALBATT 1.. mmg respek la cikgu ni.. tqvm

-papairfan-

MAPPIAU berkata...

mekchu,
askar la katakan kalau tak kental dieorang leh jadi giler hahahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...