SELAMAT DATANG KE MAPPIAU.BLOGSPOT.COM

Selasa, 4 Januari 2011

LATIHAN AKHIR MALBATT - FIRST DAY

Salamekum.. di hari hari penghujung misi ni, kami di bumi Lubnan ni telah diarahkan oleh komander aku utk melaksanakan latihan akhir.. ermmm.. mesti korg terbayangkan yg kalu askar ni wat latihan mesti mcm main perang2 kan... ooohhh noooo.. kitorg punye latihan akhir tak mcm tu.. ni namanyer versi MALBATT 2.. hehehe.. so, mcm ne rupa Latihan ni.. jom pollo me..


pagi-pagi morning td, kul 5.30 pagi kitorg dah siap2 dah.. aku telah ditugaskan selaku pengadil dan juga sekretariat.. eh, mcmne latihan ada pengadil.. hehehe.. teruskan baca... sebenarnya dari hari perancangan nak buat latihan ni kitorg seorang pun tak tau mcmne rupa atau bentuk latihan yg bakal kitorg buat.. termasukla aku.. so, pagi tu baru la kitorg diberi taklimat oleh perancang utama latihan ni.. utk pengetahuan korang perancang utama latihan ni juz 4 org je yg tau.. aduiyaii.. semua tertanya2 apa la bala yg kitorg dapat ni..


Lepas diberi taklimat baru la aku tau yg kitorg telah diberi kepada 9 platun, iaitu seramai 11 anggota setiap platun/seksyen. aktiviti semua skali ada 6...

So, utk aktiviti 1,

Pemeriksaan peralatan di dalam pack.. diorg telah diberi list barang2 utk dimasukkan dlm pack.. so, pagi tu juz cek je..


Aktiviti 2,
Setiap platun dikehendaki membuat nama kumpulan, bendera, moto.. so, ada 9 nama kumpulan.. antaranya..
Banzai Zass... Destroyer..Semut Api.. Serigala 1, Serigala 2, Serigala 3 (diorg ni semua dlm satu kompeni).. Lebah Warrior.. Red Dragon..  dan Red Scorpion.. 


Disamping tu jgak.. semua platun dikehendaki membuat War Cry.. ataupun Tarian Perang sbg Trade Mark platun masing..


Ni antara War Cry/ War dance yang terbaik.. ganassss...


Abis je aktiviti tu semua tadi.. diorg semua dikehendaki meneruskan aktiviti yang ketiga plak.. ermmm.. kali ni diorg dikehendaki berlari lebih kurang 5km dan akan berhenti di beberapa Check point dan di setiap Check point akan ada cabaran yg sedang menanti.. alaa.. mcm dlm explorace la..



cabaran pertama adalah 'mencari bende tersembunyi'.. setiap platun akan diberi sebanyak 8 item utk dicari.. korg bayangkan la kalu nak carik barang tersembunyi dlm hutan tu.. bleh giler beb...

Nasib baik la hutan kt sini kira tak brapa tebal.. kalu kene kt malaysia ni.. ada yg sampai Sumatera plak kang..


Abis je acara mencari barang tersembunyi.. diorg perlu meneruskan berlari ke check point lain plak..



untuk cabaran yang seterusnya.. adalah 'pengetahuan Am'.. Part ni yg paling aku suka.. sebab.. soklan2 yang ditanya merupakan perkara2 biasa dan tugasan yg diorg penah buat.. antaranya.. Do and Don't di bumi Lubnan.. dan juga 10 perkataan bahasa arab dan perancis.. tetibe je ada mamat betrima kasih kt aku.. sbb dia penah baca pasal bende ni kt blog aku.. hehehe..  masa ni siapa yg slalu baca blog aku ni.. mmg akan tersenyum la jawab.. sbb aku penah wat entry pasal bende ni.. hehehehe..





Belum pun abis penat.. diorg terpaksa berlari semula setelah abis jawab soklan tu tadi..



Untuk cabaran seterusnya lagi.. mereka dikehendaki memasang semula senjata.. pistol dan juga mesin gun.. masa ni la kita bleh tgk skill cam dlm citer jackie chan tu.. police story..

Untuk pengetahuan korg.. semua senjata tu telah dileraikan peralatannya dan dicampur adukkan.. amikk ko.. siapa yg jarang bukak senjata mmg pening la nak pasang blk...


Selesai memasang senjata.. berlari lagi... untuk cabaran seterusnya.. platun dikehendaki memindahkan sebilangan peralatan yg telah diletakkan.. korg bayangkan la kalu nak angkat tong drum 3 biji.. pastu guni pasir lagi.. batu lagi.. air mineral besar 3 krek.. meja.. ishh.. mcm2 la.. pada kadar jauh lebih kurang 150meter.. aduiyaii.. seksa..




Dah la kene pindah ltak tempat lain.. pastu dah angkat semua habis.. diorg kene angkat semula peralatan tu dan pindahkan blk semula ke tempat asal.. aduiiyaiiii.. mmg lembik lutut...


Tapi semangat juang anggota MALBATT 2 ni mmg kuat.. semua berjaya angkat bende2 tu semua.. cayalah..
pastu sambung berlari lagi.. kali ni cabaran yang agak senang.. iaitu golek tayar kenderaan.. APC CONDOR.. tayar kete perisai la...



Sejurus je lepas tu.. cabaran terakhir untuk aktiviti endurance ni.. ialah.. makan limau... aku mmg suka kt part ni.. sbb seronok tgk diorg mkn.. dah la limau tu masam.. dah mcm Fear factor dah aku tgk diorg..

Bukan sebijik sorg beb.. tp sebakul diorg kene habiskan tanpa meniggalkan sebarang kesan..kecuali kulit  pergghhh..

ko tgk ni... sampai duduk tak tgk org dah mkn limau.. layannnn.. ada yang sampai termuntah2 pun ada...Abis je acara makan limau.. baru la berlari ke garisan penamat....


Puas hati beb kalu dapat habis kan semua cabaran tu... mmg respek giler aku kt diorg ni... tgk tu.. masing2 melepaskan rasa kepuasan.. hehehehe...


Abis aktiviti ketiga... so, diorg diberi masa rehat selama 1 jam.. masuk plak Aktiviti yang keempat... apa plak aktiviti ni.. kali ni..  diorg akan main 'bahasa isyarat' plak.. setiap platun dikehendaki mewakilkan seorang untuk tampil kehadapan dan membuat bahasa isyarat terhadap soklan2 yg telah diberi..



Masa ni... mcm cara la diorg buat.. janji org paham.. acara ni terbuka.. platun mana yang dapat jawab.. dia yang akan dapat markah.. so, terpulang la pada platun masing2 untuk pasang strategi...


Abis aktiviti tu.. masuk plak aktiviti lain.. iaitu..mencari barang dalam kumpulan dgn mata tertutup.. adoiii.. camno nak carik barang kalu mata tutup ye tak.. masa ni ketua platun akan memainkan peranan untuk menggunakan suara utk guide anggota diorg ..


satu kumpulan 4 org je.. kandang telah dibuat dan dlm kandang tu mcm2 la barang2 telah diletakkan.. antaranya.. tayar.. krusi, meja, kiwi, kasut.. ishh.. byk lagi la.. so, setiap platun kene carik 8 barang mengikut list yg telah diberi .. ketua platun plak takleh bergerak.. kene duduk atas stage tu je... hilang sore la menjerit mcmni..

hahahaha.. ada yang sampai tergolek masuk dalam tayar pun ada.. lawak betul la.. tp mmg seronok...


Maka, abis je acara dan cabaran untuk petang tu.. untuk aktiviti seterusnya plak, kitorg tak leh diberi tahu bila dan apa aktiviti.. semua akan jadik suprise.. so, semua org terpaksa dalam keadaan berjaga2.. iaitu bersedia untuk dipanggil pada bila2 masa je.. ini adalah untuk menguji sejauh manakah kepekaan platun dan juga kepantasan bersiap sedia..


masa ni dgn aku skali la terpaksa berjaga2.. sbb aku pun tak tau apa yg akan berlaku seterusnya.. jadi, aku terpaksa menunggu la.. maybe mlm.. maybe awal pagi.. ermmm.. tunggu je la.. bagi aku aktiviti td semuanya mmg seronok dan memberi impak untuk membina semangat kerjasama dalam kumpulan.. oleh itu.. korg pun kene la tunggu apa yang akan berlaku setrusnya.. Peace No War.. Adios..


-papairfan-

4 ulasan:

MAPPIAU berkata...

siannnyer kene makan limau masam eeiiii dah kerut2 muke dah ni membayangkan betape masamnyer limau tuh.

tang tergolek dalam tayar tuh tak boleh blah hahahaha.

nora berkata...

pergh limau masam ek

mie berkata...

dah lama xjoin activiti mcm ni..
zaman skolah dulu rajin la..
hehee

Tanpa Nama berkata...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. mmg susoek abis kt diorg tu..

-papairfan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...